Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.
Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.
Mana mungkin ak dapat memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.
Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.
Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.
Sudah semestinya setiap yang hadir , ak raikan dengan hati yang berbunga-bunga.
Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.
Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.
Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah.
Inikan pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal.
Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal d sulami cinta.
Empuk bicaranya, hakikatnya sengsara.
Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.
Kepada Sang Teruna..!
Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah.
Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.
Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri.
Tetapi mereka?
Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.
Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.
Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!
Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.
Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.
Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.
Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".
hahhaahahahahaahaa....
x ke 2 lagi romantik n gentle..
Dan Aku!!!..
Jika diberi pilihan antara menunggu atau mengungkapkn..
elok sje tggu..xpela..bia mase menentukan..
Sayang,rindu,cinta..smue 2 mainan perasaan, kite manusia kdg2 lalai n leka tntg smue 2..
benarkah cinta yg hadir dalam haty kita adalah cinta yg sempurna??cinta yang berkekalan??atau pun hanye 1 persinggahan??..
memang mudah untuk mengungkapkn cinta tapi sukar untuk pelihare n menjage cinta 2 kn..
antara seksa,derita menanggung kerinduan..ak lebih rela seksa menanty sebuah permulaan..
harap 1 ari rase ini akan hilang sendiri..
ahaaaakk!!....
rindu??sayang??benci??
i really hope that we always together..
wink..wink..wink..
No comments:
Post a Comment